Tuesday, December 8, 2009

Sajak Syed Qutb

Saudara,
seandainya kau tangisi kematianku,
dan kau sirami pusaraku dengan air matamu,
maka di atas tulangku yang hancur luluh,
nyalakanlah obor buat umat ini,
dan teruskanlah perjalanan ke gerbang jaya.
Saudara,
kematianku adalah satu perjalanan,
mendapat Kekasih yang sedang merindu,
taman-taman syurga-Nya bangga menerimaku,
burung-burung-Nya berkicau riang menyambutku,
bahagialah hidupku di alam abadi.

Saudara,
puaka kegelapan pasti akan hancur,
dan alam ini akan disinari fajar lagi,biarlah rohku terbang mendapat rindu-Nya,
janganlah gentar berkelana di alam abadi,
Nun,di sana fajar sedang memancar......

Sajak pembangun jiwa (1)

Puas sudah,
kucari kebahagiaan,
di sisi teman-teman,
kudapat hanya kelalaian,
ku cari lagi,
di hati seorang kekasih,
kudapat hanya kekecewaan,
dan ku terus mencari,
dalam meniti hari,
penuh kekosongan......

Oh,dimana lagi harus ku mencari,
membara sekeping hati,
yang sarat kerinduan,
rindu yang tiada haluan,
aku keliru sendiri,
Apa yang ku cari?
Apa yang kuperlukan?
Aku masih tak bisa mengerti,
Yang pasti,
kekosongan hati ini minta diisi.

Sejenak ku tersedar,
Aku mencari cinta AGUNG,
buat jiwaku yang merindukan,
hakikat kebenaran,
cahaya yang membelah kegelapan,
melimpah cemerlang mengisi kekosongan.

Ku sedar,
destinasi pencarianku di sini,
ku mencari-MU tuhan,
mengharap keredhaan,
menagih kebahagiaan,
dari sinar cahaya iman
Syaqwah,Taman Islam.

Sunday, December 6, 2009

Rindu.....

Lemahnya diriku ini,
rinduku tidak berdaya kutahan.
Orang kata 'baiti jannati',tapi dipersetujui oleh hatiku ini.
Hatiku rindukan tarbiah di madrasati,
tidak mampu untuk bertahan lagi.
Serta sahabat yang berjuang di sisi,
tolong-menolong dan saling nasihat-menasihati.
Apabila bertemu tidak jemu,
apabila berpisah tidak resah.
Rindunya.............

Saturday, October 10, 2009

Stress.......!!!!!!

Salam.Alhamdulillah ,ana telah dibenarkan berbicara oleh Yang Mengajar manusia berbicara.Dunia ini penuh dengan cabaran dan sudah menjadi bagi kita untuk mengharungi atau yang sering dikatakan oleh sahabat ana,bermujadah dalam kehidupan ini.Ana seperti semua manusia ada masalah tersendiri.Ana nak tanya satu soalan yang mungkin mampu menyelesaikan masalah ana, salahke membenci saudara seislam?? Setakat ini ana telah mendapat dua pendapat yang ingin dikongsikan.

Pendapat pertama:Tak salah membenci kerana itulah cara mencegah kemungkaran.Tetapi kita kena membenci dengan cara yang terbaik (ihsan) iaitu dengan cuba menasihati saudara kita itu.

Pendapat kedua:Membenci itu hendaklah bukan kepada saudara iaitu seperti malas nak layan tetapi sebaliknya kepada perangai saudara kita yang hodoh itu dengan menasihati saudara itu.

Ana boleh bersetuju dengan kedua-dua pendapat itu.Walaupun sering dihadapi cabaran kita hendaklah tengok at the bright side.Itulah cara orang mukmin menghadapi cabaran.Apabila ditimpa musibah,dia bersabar.Apabila dikurniakan nikmat,dia bersyukur.Bersyukur itu bukan hanya sekadar pada lisan tetapi pada perbuatan.Ana nak berkongsi sebuah lagu yang yang penuh dengan pengajaran yang boleh dikutip pada liriknya.


Hayya a'la shalah!!

Solat....,solat..,solat... Asyik ulang ayat itu saje.Cuba tengok dalam Al-Quran.Berape banyak kali diulang "waaqimusshalah" .Apa yang special sangat pasal solat ni? The secret will be unveiled..

ALLAH ta'ala berfirman yang bermaksud:
Bacalah kitab[Al-Quran] yang telah diwahyukankepadamu[Muhammad] dan laksanakanlah solat.Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar.Dan[ ketahuilah] mengingat ALLAH (solat) itu lebih besar [keutamaannya dari ibadah lain].ALLAH tahu apa yang kamu lakukan.

Itulah rahsia didalam Al-Quran .Orang yang menjaga solat itu akan mengingati ALLAH.Ade satu kisah yang ingin ana kaitkan.

Al-kisah.Pada suatu hari, ada seorang mualaf bertanya kepada seorang ustaz tentang hukum berpesta dan pergi kelab malam.Dia (mualaf) berkata dia tidak mampu melepaskan tabiat itu.Ustaz itu kata "ok" tetapi dengan satu syarat."Bila masuk waktu, sembahyang dulu". Lelaki itu pun kata "no problem".

Kenapa ustaz itu kata macam itu?Ini kerana iman dan maksiat tidak boleh berada dalam hati pada waktu yang sama.Inilah yang telah disebut dalam kitab Al-Iman oleh oleh Professor Dr. Majid Az-Zindani.Samalah macam air dan minyak.Tak boleh campur. So, aqimussalah.......

Friday, September 25, 2009

Hari Raya and my sis's wedding

Facebook Summaiya Razman's Photos - eid/sis's weDDinG/ haNNah's b'daY

Thursday, September 24, 2009

Istiqamah is the way to go!!

Alhamdulillah, ana diberi kesempatan untuk update blog ana yang sudah lama terbiar ,oleh yang Maha Esa yang mengajar manusia berbicara dan mengizinkan ana berbicara.Sebelum ana memanjangkan kalam ana , ana ingin mengucapkan Eid Mubarak wa taqaballah minna wa minkum solihul a'mal.Ana nak minta maaf atas segala silap dan salah ana, hamba yang dhaif.

Bulan Ramadhan telah berlalu , banyakkah mutiara yang telah dipetik pada madrasah Ramadhan tahun ini berbanding Ramadhan yang lepas. Semoga ALLAH mengizinkan kita bertemu dengan Ramadhan pada tahun hadapan.

Dalam bulan syawal ini, sudah dilepaskan syaitan yang direjam. Manusia sudah dipecahkan kepada beberapa kelompok.Dan diantaranya:

1)Golongan yang beribadat dengan bersungguh-sungguh sehingga digelar abid(ahli ibadah) yang sentiasa kelihatan dalam keadaan bersujud tetapi apabila berlalunya bulan Ramadhan telah hilanglah segala kebaikan yang telah dipetik pada bulan ramadhan.Hidup mereka penuh dengan kema'siatan apabila berlalunya bulan Ramadhan dan mereka itulah golongan yang rugi kerana tidak mendapat tarbiah pada madrasah Ramadhan.

2)Golongan yang menangis teresak-esak dalam dua mereka dengan penuh ketakutan dan berharap kepada ALLAH namun ia tidak berkekalan.Apabila berlalunya bulan Ramadhan , tangan mereka bukan main berat nak angkat dan meminta kepada ALLAH.

3)Golongan yang apabila datang bulan Ramadhan mereka sabar agar bulan ini berlepas.Mereka berharap bulan ini tidak wujud dalam takwim mereka.Tetapi apabila datangnya 1 syawal merekalah nombor 1 dalam merayakannya.Merekalah golongan yang rugi dalam seluruh kehidupan mereka.

nauzubillaminzalik. Amalan yang paling disukai ALLAH adalah amalan yang berterusan (istiqamah), mutobaah (same maksud jee). Jadi mari kita cuba teruskan amalan kita dari bulan Ramadhan KECUALI solat terawih dan sebagainya.( Nanti kate buat ajaran pulak).

Thursday, September 3, 2009

R&R (Remaja & Ramadhan)

Tetamu kita yang mulia datang lagi dengan izin ALLAH. Setakat ini bagaimanakah sambutan yang telah diberikan?Bulan Ramadhan mempunyai pelbagai hikmah.Setengah orang berkata bulan Ramadhan hanya sekadar berpuasa, pandangan merupakan pandangan yang silap.Bulan Ramadhan merupakan syifa' (penawar) bagi kita terhadap amalan kita sepanjang tahun.Dalam bulan ini, dilipat kali gandakan pahala.Inilah sifat ALLAH yang maha penyayang.Dahlah dalam bulan lain pahala dikali dengan sepuluh dan dosa hanya dengan satu, bulan Ramadhan digandakan lagi.MashaALLAH.Bulan ini mestilah dimanfaatkan sepunuhnya agar kita tidak tergolong di kalangan yang rugi.

Remaja........golongan pemuda yang seharusnya mempunyai hamasah(semangat) yang kuat.Remajalah pemimpin masa hadapan ummah ini.Apabila baik remaja sesuatu umat ,maka baiklah umatnya.
Wahai remaja!Ambillah bekalan untuk dibawa ke akhirat pada bulan ramadhan.Pada usia yang muda lebih mudah untuk ditarbiah berbanding usia yang tua.Manfaatkanlah masa dengan zikrullah dan kurangkanlah melakukan perkara-perkara yang lagha.Betapa dedikasikah kita untuk berpuasa pada bulan ini?
Seorang pemuda yang kariernya merupakan pemain bola sepak Inter Milan, Sulley Muntari, sanggup berpuasa pada bulan yang suci ini walaupun dikritik oleh peminatnya sendiri.Ini adalah contoh pemuda yang tidak hidup di dalam negara islam.Bagaimana pula dengan kita?

"Ya ALLAH, limpahkanlah kesabaran terhadap pemuda pemudi ummah ini........"

Saturday, August 29, 2009

RAMADHAN

Ramadhan is coming, Increase your Iman. Ramadhan is coming, Recite the Qur'an. Taking "Suhur" in the dead of the Night; No eating no drinking during the daylight. Refrain from bad deeds and repent your soul; The pleasure of Allah is our only goal. Ramadhan is coming, so let us prepare. Ramadhan is coming; there is peace everywhere, Even if there is hunger, remember your Lord And wait until 'Iftar' to earn your reward. Fasting is one of the gifts of Allah Given to believers to increase 'Taqwah'.... RAMADAN MUBARAK

Thursday, August 20, 2009

Seven in Heaven

in the name of ALLAH
Rasullah bersabda yang bermaksud:
" Tujuh golongan yang akan dilindungi oleh ALLAH pada hari yang tiada perlindungan kecuali perlindungan-Nya:
  1. Pemimpin yang adil
  2. Lelaki hidup untuk beribadat kepada ALLAH
  3. Pemuda yang terikat hatinya dengan masjid
  4. 2 orang lelaki berkasih-sayang kerana , berkumpul dan berpisah kerana-Nya
  5. Seorang lelaki yang digoda oleh perempuan maka berkata, "sesungguhnya saya takut kepada ALLAH"
  6. Seorang lelaki yang memberi sedekah secara sembunyi sehingga tidak diketahui tangan kirinya apa yang disedekahkan tangan kanannya
  7. Seseorang yang mengingati ALLAH sehingga mengalir air matanya

Ape yang penting ??????????

in the name of ALLAH
Ape yang penting sangat pasal usrah. Orang lain tgh best2 main bola, kita kena pergi usrah ,hati rasa berat sangat pergi usrah. itulah bisikan syaitan. Tetapi balik dari usrah mesti rasa bersemangat, best dengar penyunting semangat yang telah didengar.
Tanpa usrah kita mesti leka oleh itu ALLAH telah turunkan ayat yang bermaksud:
"peringatkanlah kerana sesungguhnya peringatan itu penting"
(Al-A'la: 9)
" To love someone is nothing, to be loved by someone is something, to be loved by someone you love is exciting, but to be loved by ALLAH is everything.........."
Apabila kita dalam usrah , kita saling mencintai and at the same time ALLAH mencintai kita.
Sahabat yang baik adalah yang apabila kita bersamanya akan bertambah keingatan kita kepada ALLAH.

Tuesday, June 9, 2009

Dakwah sirrun

in the name of ALLAH
kisah ini berlaku waktu ana nak blk dari kursus sarjan . ana sepatutnya blk bas terus ke kuantan tapi tak ade tiket so ana naik bas ke puduraya and then ke kuantan. waktu ana sampai dkt puduraya dekat2 pkl 10.30 mlm lepas cari2 tiket........ dapat tiket kuantan pkl 11.30. ade sejam lagi so ana pergi ke surau untuk solat. dekat surau itu kelihatan beberapa orang sdg solat. Selepas ana habis solat, ana merebahkan badan ana untuk berehat. slps itu ana bangun dan lihat 2 orang lelaki sedang berbincang tentang masalah agama.MASHAALLAH, tak sangka ana .
slps itu ana trn ke tingkat bawah. kedengaran bunyi lagu yg bising. sakit gendang telinga ana.ana cuba untuk memfokuskan kepada bunyi itu................mashaallah ,lagu native deen.ana cuba untuk mencari arah bunyi itu dan lagu itu dari sebuah kedai yang menjual buku2 agama,cd dan sebagainya.malangnya waktu ana kekurangan duit so tk blh nak beli buku.Ana berfikir tempat yang penuh maksiat, terdapat juga orang yang cuba untuk menegakkan syiar islam.Semoga syiar islam ditegakkan hingga ke akhir hayat.

KURSUS SARJAN

In the name of ALLAH
alhamdulillah, ana baru balik dari kursus kenaikan pangkat sarjan KRSM dan banyak yang ana dapat di sana.Yang bestnya adalah dapat kenal ramai orang dari rangkaian sekolah MUSLEH. kursus itu diadakan selama 5hari 4malam. antara yang bestnya dapat kenal banyak dialek contohnya dialek kelantan,terengganu dan sebagainya. sekian dari ana

Tuesday, June 2, 2009

Pangkat...............

in the name of ALLAH
Apabila disebut tentang pangkat, orang akan melihatnya sebagai sesuatu yang besar tetapi di sebaliknya terdapat pelbagai yang harau dilalui untu mengecapinya. Ada orang kata pangkat itu hanyalah duniawi, ada orang kata pangkat itu adalah satu cara untuk menguatkan amar ma'ruf nahi munkar. Tetapi ppada pendapat ana, pangkat itu adalah satu tanggungjawab yang besar dan bergantung kepada sebab the 'beholder' untuk mendapatkannya. Ada orang kejar pangkat untuk bermegah. Tetapi apabila menyuruh melakukan sesuatu yang dia sendiri tak buat, dia akan dimurkai seperti yang disebut dalam surah as-saff,ayat ke 2-3.
Contohnya, seorang sarjan memberi arahan kawad dan memarahi anggotanya kerana melakukan kesilapan, tetapi dia sendiri tidak mahir tentangnya. Inilah yang akan menyebabkan manusia dan ALLAH murka.

Saturday, May 30, 2009

Muqaddimah

In the name of allah
Alhamdulillah, biiznillah , ana telah memulakan 'se-blog' yang baru . Ana masih sedang belajar , semoga silap dan salah dapat dinasihati kerana berdasarkan hadis yang berbunyi '....addinu nasihah.....' .
semoga kita dapat mengeratkan ukhuwah fillah. maassalamah.