Thursday, September 24, 2009

Istiqamah is the way to go!!

Alhamdulillah, ana diberi kesempatan untuk update blog ana yang sudah lama terbiar ,oleh yang Maha Esa yang mengajar manusia berbicara dan mengizinkan ana berbicara.Sebelum ana memanjangkan kalam ana , ana ingin mengucapkan Eid Mubarak wa taqaballah minna wa minkum solihul a'mal.Ana nak minta maaf atas segala silap dan salah ana, hamba yang dhaif.

Bulan Ramadhan telah berlalu , banyakkah mutiara yang telah dipetik pada madrasah Ramadhan tahun ini berbanding Ramadhan yang lepas. Semoga ALLAH mengizinkan kita bertemu dengan Ramadhan pada tahun hadapan.

Dalam bulan syawal ini, sudah dilepaskan syaitan yang direjam. Manusia sudah dipecahkan kepada beberapa kelompok.Dan diantaranya:

1)Golongan yang beribadat dengan bersungguh-sungguh sehingga digelar abid(ahli ibadah) yang sentiasa kelihatan dalam keadaan bersujud tetapi apabila berlalunya bulan Ramadhan telah hilanglah segala kebaikan yang telah dipetik pada bulan ramadhan.Hidup mereka penuh dengan kema'siatan apabila berlalunya bulan Ramadhan dan mereka itulah golongan yang rugi kerana tidak mendapat tarbiah pada madrasah Ramadhan.

2)Golongan yang menangis teresak-esak dalam dua mereka dengan penuh ketakutan dan berharap kepada ALLAH namun ia tidak berkekalan.Apabila berlalunya bulan Ramadhan , tangan mereka bukan main berat nak angkat dan meminta kepada ALLAH.

3)Golongan yang apabila datang bulan Ramadhan mereka sabar agar bulan ini berlepas.Mereka berharap bulan ini tidak wujud dalam takwim mereka.Tetapi apabila datangnya 1 syawal merekalah nombor 1 dalam merayakannya.Merekalah golongan yang rugi dalam seluruh kehidupan mereka.

nauzubillaminzalik. Amalan yang paling disukai ALLAH adalah amalan yang berterusan (istiqamah), mutobaah (same maksud jee). Jadi mari kita cuba teruskan amalan kita dari bulan Ramadhan KECUALI solat terawih dan sebagainya.( Nanti kate buat ajaran pulak).

0 comments:

Post a Comment