Saturday, October 10, 2009

Stress.......!!!!!!

Salam.Alhamdulillah ,ana telah dibenarkan berbicara oleh Yang Mengajar manusia berbicara.Dunia ini penuh dengan cabaran dan sudah menjadi bagi kita untuk mengharungi atau yang sering dikatakan oleh sahabat ana,bermujadah dalam kehidupan ini.Ana seperti semua manusia ada masalah tersendiri.Ana nak tanya satu soalan yang mungkin mampu menyelesaikan masalah ana, salahke membenci saudara seislam?? Setakat ini ana telah mendapat dua pendapat yang ingin dikongsikan.

Pendapat pertama:Tak salah membenci kerana itulah cara mencegah kemungkaran.Tetapi kita kena membenci dengan cara yang terbaik (ihsan) iaitu dengan cuba menasihati saudara kita itu.

Pendapat kedua:Membenci itu hendaklah bukan kepada saudara iaitu seperti malas nak layan tetapi sebaliknya kepada perangai saudara kita yang hodoh itu dengan menasihati saudara itu.

Ana boleh bersetuju dengan kedua-dua pendapat itu.Walaupun sering dihadapi cabaran kita hendaklah tengok at the bright side.Itulah cara orang mukmin menghadapi cabaran.Apabila ditimpa musibah,dia bersabar.Apabila dikurniakan nikmat,dia bersyukur.Bersyukur itu bukan hanya sekadar pada lisan tetapi pada perbuatan.Ana nak berkongsi sebuah lagu yang yang penuh dengan pengajaran yang boleh dikutip pada liriknya.


Hayya a'la shalah!!

Solat....,solat..,solat... Asyik ulang ayat itu saje.Cuba tengok dalam Al-Quran.Berape banyak kali diulang "waaqimusshalah" .Apa yang special sangat pasal solat ni? The secret will be unveiled..

ALLAH ta'ala berfirman yang bermaksud:
Bacalah kitab[Al-Quran] yang telah diwahyukankepadamu[Muhammad] dan laksanakanlah solat.Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar.Dan[ ketahuilah] mengingat ALLAH (solat) itu lebih besar [keutamaannya dari ibadah lain].ALLAH tahu apa yang kamu lakukan.

Itulah rahsia didalam Al-Quran .Orang yang menjaga solat itu akan mengingati ALLAH.Ade satu kisah yang ingin ana kaitkan.

Al-kisah.Pada suatu hari, ada seorang mualaf bertanya kepada seorang ustaz tentang hukum berpesta dan pergi kelab malam.Dia (mualaf) berkata dia tidak mampu melepaskan tabiat itu.Ustaz itu kata "ok" tetapi dengan satu syarat."Bila masuk waktu, sembahyang dulu". Lelaki itu pun kata "no problem".

Kenapa ustaz itu kata macam itu?Ini kerana iman dan maksiat tidak boleh berada dalam hati pada waktu yang sama.Inilah yang telah disebut dalam kitab Al-Iman oleh oleh Professor Dr. Majid Az-Zindani.Samalah macam air dan minyak.Tak boleh campur. So, aqimussalah.......