Thursday, June 10, 2010

Sederhana dalam kehidupan.

Rasullullah bersabda:" zuhudlah di dunia ,kamu disukai Allah,zuhudlah dengan dgn apa di samping manusia ,kamu disukai manusia."

SEDERHANA.Walaupun hanya satu ayat, ttp amat padat.

Kita dituntut utk bersederhana dalam semua aspek bkn hanya sekadar wang dan material.
Sebagai contoh,Rasululllah.Hidupnya amat sederhana bkn hnya dari segimaterial tetapi dari segi akhlak,ibadah,dgn manusia dan malah juga di dalam peperangan.


Sederhana itulah yg menghilangkan gusar sang raja2 ygtdk tidur lena di istana mereka, menghilangkan resah orang kaya yang takut kehilangan harta,menjadikan diri seseorang kuat dan mempunyai sikap lapang dada dgn makhluk dan Rabnya Allah.

Sedehana Rasulullah lah yang menggamit peribadi manusia dan menimbulkan ketenangan bagi sesiap yang melihatnya.

Semangat yang membara....

'Pulun..'
'Kerja nak kunci dorm aje,tak blh biar org hidup tenang..."

Inilah di antara cabaran2 yg harus dihadapi,alasan yg langsung tdk munasabah digunakan utk mlwn pihak atasan.Siap nak boycott dan sebagainya.Hakikatnya,tanggungjawab ini sgt besar...(kalau tahu dapat tanggungjawab ini, hari pemilihan dah x dtg sekolah dah)

Ttp inilah dugaan. Allah akan uji setiap hambanya , dan terpulang dekat hamba itu untuk bermujahadah atau putus asa. Tetapi adakah hamba ini bermujahadah habis-habisan......?????


Dgn mesyuarat pun x buat, aktiviti lagi lah.Hamba ini hanya mengeluh tanpa cuba bermujahadah sedaya upaya.

Tetapi,Alhamdulillah ,dengan izinNya,Dia memberi petunjuk agar Hamba ini kembali bangkit bermotivasi tinggi.
Pada ptg itu, bercurah2 idea melimpah untuk teruskan perjuangan pentarbiahan asrama.

Saksikanlah, bahawa HAMBA ini akan terus bangkit dan berjuang dengan semangat yang membara.....!!!!!!

Tuesday, March 16, 2010

Menggeletek hati

Alhamdulillah, ana kesempatan untuk berkongsi kali ini.Ana baru habis menonton filem Legion.Apa yang ana rasa agak lawak mengenai filem ini adalah filem ini mengisahkan mengenai tuhan yang tidak percaya lagi pada manusia dan menghantar malaikat bagi menghapuskan manusia.Ttp malaikat Michael(mikail) ingkar dengan perintah tuhan dan telah menyelamatkan manusia.Dalam filem ini terdapat dialog michael dengan manusia yang berbunyi:
manusia:i don't trust in god
Michael:neither do he

ALHAMDULILLAH, ana teringat rahmat ALLAH yang sentiasa turun ke atas manusia walaupun telah melakukan banyak maksiat dan kerosakan tetapi ALLAH tetap ampunkan taubat kita.Pada kala dalam filem itu tuhan ingi hapuskan manusia , TUHAN YANG SEBENARNYA TIDAK HENTI-HENTI MERAHMATI KITA.

Warden atau MURABBI

Alhamdulillah,tahun ini asrama mendapat warden baru.Disiplin pelajar pun ada peningkatan sikit.Perbezaannya warden baru ini dia rapat sikit dengan pelajar.Tetapi ana mula berfikir,remaja lebih memerlukan warden atau murabbi.Sebab melihat zaman awal asrama,ada seorang murabbi yang sangat mengambil berat dan disiplin dan tarbiah pada zaman itu berjalan dengan lancar.Ttp nak dibandingkan dengan warden yang jumpa waktu sembahyang saje,lps tu bagi ceramah pula berbeza.Semoga lebih ramai pemuda yang sanggup menghadapi susah payah untuk menjadi murabbi.Amin

ZINA

Baru2 ini Malaysia digemparkan dengan crita mengenai hukuman sebat.Dulu pasal arak.Ada sorang ustaz ini bagi cramah mengenai hal ini.Intonasi dia amat garang.Hal ini kerana dia sepatutnya bagi khutbah jumaat mengenai hal ini dgn disediakan teks oleh kerajaan negeri selangor.Tapi bila dia habis baca teks itu,dia tak jadi nak baca.
Sebab dalam teks itu tertulis,hukuman penzina sebanyak enam sebatan di klang baru2 ini adalah hukuman islam yang pertama dilakukan di malaysia.Dia pun benganglah sebab itu tidak benar.Di dalam surah an-nur,ayat kedua,jelas tertulis hukuman penzina sebanyak 99 kali.ini adalah ayat muhkamat,tiada mutashabihat langsung dalam ayat ini.Tetapi,kerajaan menyatakan hukuman penzina sebanyak 6 sebatan adalah hukum islam.kalau ada ilmu mesti cakap,tak ade ilmu diam.kalau ada ilmu ttp menipu haram.hukuman ini adalah hukuman hudud iaitu tidak boleh ditukar,tetap.ttp kerajaan berani buat hukuman sendiri.Dahlah hukuman 6 sebatan shaja,dibuat secara tersembunyi pula tu.macam mana orang lain nak insaf.Hikmah disuruh buat secara terbuka adalah bagi orang insaf.Ramai pihak yang berfikir menggunakan otak sehingga mengabaikan perintah ALLAH.Contohnya sisters in Islam kata hukuman ini adalah diskriminasi kepada wanita.Islam kepala otak merekalah!!Hukuman juga kerajaan menggunakan persetubuhan haram.Ini adalah istilah yang salah!Suami bersetubuh dengan isterinya sendiri pada siang bulan Ramadhan juga dipanggil persetubuhan haram.Istilah yang tepatnya adalah zina!!

Halangan

Alhamdulillah,setelah sekian lama meninggalkan ruang blog,tlh diberikan kesempatan menulis.
halangan dalam ini memang banyak ttp itu bukan alasan bagi kita pd hari kiamat nanti.ini yang dipanggil mujahadah.kita berusaha bersungguh ,kalau berjaya syukur,gagal bersabar.moga kita sama2 mampu meningkatkan iman dan amal kita.

Tuesday, December 8, 2009

Sajak Syed Qutb

Saudara,
seandainya kau tangisi kematianku,
dan kau sirami pusaraku dengan air matamu,
maka di atas tulangku yang hancur luluh,
nyalakanlah obor buat umat ini,
dan teruskanlah perjalanan ke gerbang jaya.
Saudara,
kematianku adalah satu perjalanan,
mendapat Kekasih yang sedang merindu,
taman-taman syurga-Nya bangga menerimaku,
burung-burung-Nya berkicau riang menyambutku,
bahagialah hidupku di alam abadi.

Saudara,
puaka kegelapan pasti akan hancur,
dan alam ini akan disinari fajar lagi,biarlah rohku terbang mendapat rindu-Nya,
janganlah gentar berkelana di alam abadi,
Nun,di sana fajar sedang memancar......